0
Article ? AI-assigned paper type based on the abstract. Classification may not be perfect — flag errors using the feedback button. Sign in to save

Taburan Menegak Mikroplastik dalam Sedimen Teras di Muara Sungai Pulai, Johor

Resources Conservation and Recycling 2024
Abdul Halim, Khairiatul Mardiana Jansar, Mohd Talib Latif, Masni Mohd Ali

Summary

Researchers analyzed the vertical distribution of microplastics in sediment cores from the Pulai River estuary in Johor, Malaysia, finding highest concentrations in surface sediments (0–5 cm) at 506 particles/kg and identifying PET as the dominant polymer (56%) with mostly blue-colored fibers and fragments, providing insight into microplastic sources and accumulation patterns in estuarine environments.

Kewujudan mikroplastik dapat dilihat di pesisir pantai dan persekitaran marin dengan sedimen merupakan tempat pemendapan bagi mikroplastik. Walaupun begitu, taburan mikroplastik secara menegak dalam sedimen adalah berbeza-beza dan tidak jelas sepenuhnya. Kajian ini tertumpu kepada kehadiran dan pencirian mikroplastik di dalam sedimen teras di muara Sungai Pulai dengan dua stesen (SP1 dan SP2) telah dipilih. Sampel sedimen teras telah diambil menggunakan pensampel teras. Sampel sedimen diekstrak dan mikroplastik dicirikan dengan menggunakan mikroskop stereo dan analisis polimer dibuat menggunakan spektroskopi µ-RAMAN. Hasil daripada kajian ini menunjukkan kelimpahan mikroplastik yang paling tinggi didapati pada lapisan sedimen teratas (0–5 cm) iaitu 506 ± 115.47 partikel/kg di stesen SP1 dan sebanyak 220.00 ± 28.28 partikel/kg pada lapisan pertengahan (10–15 cm) di stesen SP2. Majoriti mikroplastik daripada kajian ini dijumpai dalam julat saiz < 100 µm (47%) di stesen SP1 dan saiz 100– 500 µm (39%) di stesen SP2. Selain itu, kebanyakan mikroplastik dijumpai adalah berwarna biru, iaitu 79% (SP1) dan 87% (SP2). Hanya dua bentuk mikroplastik yang dijumpai dalam kedua-dua teras sedimen iaitu bentuk gentian dan serpihan. Sebanyak 51% mikroplastik berbentuk serpihan mendominasi stesen SP1 dan 58% mikroplastik berbentuk gentian mendominasi stesen SP2. Poliester (PES), polietilena tereftalat (PET) dan poliakrilamida (PAM) telah dikenal pasti dan didapati polimer PET adalah polimer yang paling banyak ditemui di kawasan kajian mewakili 56% daripada keseluruhan polimer. Kajian ini dapat membantu untuk memahami corak, jenis dan potensi asal-usul mikroplastik dalam sedimen muara.

Share this paper