We can't find the internet
Attempting to reconnect
Something went wrong!
Hang in there while we get back on track
Perbandingan Kaedah Estraksi Mikroplastik dalam Makanan Terproses Budu menggunakan Air Suling dan Kalium Hidroksida
Summary
Researchers compared distilled water and potassium hydroxide (KOH) solution for extracting microplastics from budu, a traditional Malaysian fermented fish sauce, finding that KOH was more effective at digesting organic matter to enable particle identification, with 19 microplastic particles detected including nylon and metal-contaminated particles across five product samples.
Pencemaran mikroplastik di dalam makanan yang diproses masih kurang mendapat perhatian. Kaedah estraksi mikroplastik daripada sampel makanan juga masih belum meluas terutama bagi sampel makanan yang melalui proses pembuatan yang kompleks seperti budu. Penggunaan bahan kimia semasa proses pengestrakkan mikroplastik berpotensi menyebabkan kehilangan mikroplastik. Oleh itu, kajian ini membandingkan keberkesanan kaedah ekstraksi menggunakan air suling dan larutan kalium hidroksida (KOH) untuk proses ekstraksi mikroplastik daripada lima jenis sampel budu yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan bahawa air suling mampu mengekstrak mikroplastik namun tidak cukup berkesan dalam mengurai bahan organik pada sampel budu yang mengganggu proses pengenalpastian mikroplastik. Penambahan larutan kimia seperti KOH adalah perlu untuk membantu memudahkan proses pengenalpastian mikroplastik. Jumlah mikroplastik yang ditemui dalam kesemua sampel budu adalah rendah, dengan kehadiran sebanyak 19 zarah mikroplastik. Walau bagaimanapun, kehadiran mikroplastik jenis nilon dan logam berat mungkin akan menimbulkan kebimbangan terhadap potensi impaknya kepada kesihatan manusia. Kajian ini menekankan pentingnya pengawalan pencemaran mikroplastik melalui teknik penyediaan yang terkawal dan pemantauan yang tekal dalam industri pemprosesan makanan di Malaysia.